Apr 11 2010

Seminar Keluarga Bahagia

Published by rodzita under Berita, aktiviti

Seminar Keluarga Bahagia anjuran bersama Unit Pendidikan Islam & Moral dan Unit Kaunseling Pentadbiran akan diadakan pada 15 April 2010 bertempat di Dewan Kuliah Bakawali. Semua pensyarah dan staf Kolej Matrikulasi Kedah diwajibkan hadir. Tentatif program adalah seperti butiran berikut :

7.45 : Pendaftaran

8.20 : Ucapan Perasmian oleh YM Raja Sulaiman b Raja Hassan ( Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah)

8.30 pagi : Slot 1 “Konsep Keluarga Bahagia” -Tn Hj Badrunsham b Dahalan @Omar Kb.Pa. (Ketua Sektor, Sektor Psikologi &Kaunseling, JPN)

9.30 pagi : Slot 2 “Menangani Konflik Dalam Keluarga”-Tn Hj Badrunsham b Dahalan @ Omar Kb.Pa.(Ketua Sektor, Sektor Psikologi & Kaunseling, JPN)

12.30 tengahari : Makan Tengahari & Rehat

2.00 petang : Slot 3 “Permata Hati Penyejuk Jiwa”-Tn Hj Ramli b Shafie (Mantan Pengetua, SMKA Yan

4.00 petang : Bersurai

No responses yet

Mar 29 2010

Malam Eksekutif Muda

Published by kamarulzaman under Berita

Seramai 200 pelajar perakaunan telah mengikuti Malam Eksekutif  Muda di Darul Aman Suite pada 26 Mac 2010. Program bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00. Program Malam Eksekutif di laksanakan pada setiap sesi pengajian untuk memberikan pendedakan kepada pelajar untuk melaksanakan satu program bagi menghargai pelajar yang cemerlang dari aspek akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.

Comments Off

Mar 29 2010

English Carnival 2010

Published by naza under Berita

English Unit KMK has organised English carnival on the 5th February 2010. It has been officiated by the English Unit Head Puan Rohaidah Shaari.

The carnival started with the activity of aerobic exercise in the morning and was participated by all English language lecturers and participants.

Several activities were carried out during the day and it ended with the Voice of KMK at night. Among the activities carried out were poetry crafting, essay writing competition, drama, picture caption, short video contest, movie viewing quiz, etc.

The programme ended at night and were officially closed by KJPP En Abdul Rahman.

Comments Off

Mar 29 2010

Program Skor ‘A’ Ekonomi

Published by rosmawati under aktiviti

econ

Program Skor ‘A’ Ekonomi anjuran Unit Ekonomi Kolej Matrikulasi Kedah sedang berlangsung di Bilik Perbincangan 1 bermula pada 28 Mac 2010 hingga 1 April 2010. Program ini diadakan bagi membantu pelajar-pelajar mendapat gred yang cemerlang dalam PSPM2 dalam subjek Ekonomi.

Comments Off

Mar 29 2010

Bengkel Pemurnian Bahan P&P

Published by rodzita under Berita

Bengkel Pemurnian Bahan P&P Unit Pendidikan Islam dan Moral akan diadakan pada 4, 8 dan 11 April 2010.

No responses yet

Mar 22 2010

Bengkel Laman Web (Wordpress) Fasa 2 & 3

Published by norasyikin under Umum

 

wordpress mug 

Bengkel Laman Web (Wordpress) Fasa 2 & 3

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa Bengkel Laman Web (Wordpress) Fasa 2 & 3 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 Mac 2010 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : Makmal Komputer (Lab 5)

 Sehubungan itu, JK Laman Web dikehendaki hadir ke bengkel tersebut

 Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

Comments Off

Mar 11 2010

Recertification Audit – Tahniah KMK!

Published by norasyikin under Berita

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa proses Recertification Audit telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 dan 3 Mac 2010.  Tiada NCR dan hanya beberapa OFI.  Dengan itu, Kolej Matrikulasi Kedah dianugarahkan semula sijil MS ISO selama 3 tahun.

Comments Off

Mar 11 2010

Bengkel Laman Web (Wordpress) Fasa 1

Published by webmaster under Berita

Satu bengkel laman web -Wordpress (bagi laman web setiap jabatan) akan diadakan pada tarikh dan waktu berikut:

Tarik: 11 Mac 2010
Masa: 2.00-4.00 petang
Tempat: Makmal Komputer (Lab 5)

Ahli-ahli jawatankuasa laman web adalah dikehendaki hadir bagi bengkel tersebut.

Comments Off

Mar 01 2010

Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu

Published by webmaster under Berita

Bertarikh 24 Februari 2010, Unit Kemahiran Dinamika telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Dewan Kuliah Bakawali. Seramai 200 peserta daripada pelajar PST dan PDT mengambil bahagian untuk merebut hadiah yang disediakan.

Pertandingan esei BM1 pertandingan esei bm2

Objektif pertandingan tersebut adalah
1. Mencungkil idea tentang cara menerapkan konsep 1Malaysia di kalangan pelajar;
2. Meneroka kesedaran dan pemahaman pelajar IPT tentang konsep 1Malaysia;
3. Menerapkan kesemua nilai 1Malaysia mengikut idea dan acuan pelajar; dan
4. Merealisasikan 1Malaysia di kalangan pelajar daripada pelbagai kaum di
Malaysia.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada pertengahan Mac depan. Tunggu je le..!

Comments Off